TINJAUN KEBANGSAAN KESIHATAN MALAYSIA (NHMS) 2019

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Malaysia atau Nama Inggerisnya, National Health Morbidity Survey Malaysia (NHMS) adalah survei kesihatan yang dibuat setiap empat tahun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk mengenal pasti status kesihatan rakyat Malaysia. Tinjauan ini adalah tinjauan yang melibatkan negeri di seluruh Malaysia.

 

Tinjauan ini mengkaji beberapa perihal aspek kesihatan yang terpenting seperti penyakit tidak berjangkit yang dialami oleh rakyat Malaysia iaitu obesiti, kencing manis, darah tinggi, dan masalah kolesterol. Ia juga merangkumi aspek pemakanan seperti  pengambilan makanan dan minuman sihat, aspek kesihatan mental, kesihatan seksual dan pengambilan dadah. Selain daripada itu, tinjauan ini juga mengkaji aspek yang melibatkan perkhidmatan kesihatan di Malaysia.

 

Terdapat beberapa perkara serius menurut hasil dapatan ini iaitu;

 

1 daripada 2 dewasa di Malaysia adalah obese!

 

Obese atau obesity adalah masalah lebihan berat badan yang di alami oleh individu, yang berpunca daripada pelbagai faktor. Namun, apa yang lebih membimbangkan adalah, menjadi obese ini sendiri adalah merupakan risiko utama kepada masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol, masalah jantung serta masalah kesihatan yang lain – lain lagi.

 

Jika perkara ini berterusan, bayangkan setiap orang yang anda jumpai separuh daripadanya adalah obese dan mempunyai kencing manis, darah tinggi dan sebagainya!! Menurut kajian ini, inidividu yang mengalami obesity tertinggi adalah wanita iaitu sebanyak 57.6%, kaum india iaitu sebnayak 63% dan dalam kalangan mereka yang berumur 55 – 59 tahun.

 

 

Antara lain perkara yang membimbangkan ialah masalah kencing manis dalam kalangan rakyat Malaysia.

 

1 daripada 5 dewasa mengalami masalah diabetes!

 

Diabetes atau kencing manis adalah keadaan di mana paras gula dalam darah menjadi tinggi. Hal ini berpunca daripada kekerapan pengambilan makanan yang tidak sihat. Makanan yang tinggi karbohidrat, gula dan lemak dan gaya hidup yang tidak aktif.

 

Selain daripada peratusan obesity yang semakin meningkat saban hari, yang mengeruhkan keadaan ini juga adalah pengambilan minuman yang manis, menurut tinjauan,sebanyak 53.2% individu di Malaysia minum minuaman manis yang disediakan sendiri setiap hari, 4.2% individu minum minuman berkarbonat setiap hari dan 6.7% individu minum minuam 3 dalam 1 setiap hari.

 

Menurut tinjauan ini, seramai 3.9 juta dewasa berusia lebih dari 18 tahun menghidapi penyakit kencing manis. Kebanyakkan dari mereka yang berumur 18 – 40 tahun tidak tahu bahawa mereka menghidapi kencing manis.

 

Antar negeri yang mempunyai prevalen kencing manis yang tinggi adalah Negeri Sembilan (33.2%), Perlis (32.6%), dan Pahang (25.7%).

 

Antara gejala yang melibatkan masalah kencing manis ialah, keletihan, kerap membuang air kecil, kehausan yang melampau, penurunan berat badan, dan kerap mengalami jangkitan kuman. Sekiranya anda tidak mempunya gejala seperti ini, anda juga boleh melakukan saringan kencing manis jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan, BMI melebihi 23 kg/m2 atau ukur lilit pinggang melebihi 80 cm untuk wanita dan 90 cm untuk lelaki.

 

Kegagalan mengenal pasti masalah kencing manis dengan lebih awal akan menyebabkan komplikasi yang lebih serius di masa akan datang.

 

 

4 daripada 10 dewasa mengalami masalah kolesterol

 

Seramai 8 juta rakyat Malaysia mempunyai masalah tinggi kolesterol, iaitu 4 daripada 10 orang mengalaminya. Bacaan kadar bagi tinggi kolesterol ialah sebanyak 5.2 mmol dan ke atas. Mereka yang berumur 40 – 59 tahun adalah individu yang paling ramai tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Hanya 63% daripada individu yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi Berjaya mengawal tahap kolesterol dengan pengambilan ubat – ubatan.

 

3 daripada 10 dewasa mengalami  Hipertensi

 

Hipertensi atau tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh mengakibatkan serangan jantung, strok dan pelbagai penyakit kardiovaskular yang lain. Bacaan kadar tekanan darah tinggi yang tidak terkawal ialah bacaan yang melebihi 140/ 96 mmHg. Lelaki yang berumur 30 tahun ke bawah adalah mempunyai 3 kali ganda lebih ramai menghidapi hipertensi berbanding wanita. Dalam 6.4 juta rakyat Malaysia yang mengalami hipertensi atau tekanan darah tinggi, hanya separuh yang menyedari bahawa mereka menghidapi penyakit ini.

 

Kesimpulannya, masalah seperti obesity, kencing manis, darah tinggi dan tinggi kolesterol mempunyai perkaitan rapat antara satu sama lain. Penyakit – penyakit ini membawa komplikasi yang lebih serius dalam jangka masa panjang dan merupakan risiko kepada masalah kardiovaskular yang juga merupakan penyebab kematian nombor satu di Malaysia. Seramai 1.7 juta individu di Malaysia mempunyai tiga faktor risiko manakala seramai 3.4 juta individu di Malaysia mengalami faktor risiko utama.

 

 

 

 

Bagi mengatasi masalah ini, individu perlu mengawal bacaan tekanan darah iaitu bacaan perlu kurang dari 140/ 90 mmHg. Individu juga perlu mengamalkan diet yang seimbang dan sihat bagi mengekalkan berat badan yang ideal, selalu bersenam dan menghindari rokok dan alkohol.
 

Rujukan

  1. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (2009). Penyakit tidak berjangkit, permintaan jagaan kesihatan dan literasi kesihatan. Penemuan Utama, Infografik Booklet. Institut Kesihatan Umum.

  2. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (2009). Lembaran Fakta. Penyakit tidak berjangkit, permintaan jagaan kesihatan dan literasi kesihatan. Lembaran Fakta. Institut Kesihatan Umum.

  3. Portal Rasmi Pendidikan Kesihatan Malaysia (MyHealth) (2016). Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimana Diabetes dikesan? http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/bagaimana-diabetes-dikesan/

  4. Portas Rasmi Pendidikan Kesihatan Malaysia (MyHealth) (2008). Kementerian Kesihatan Malaysia. Obesity and Overweight. http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/bagaimana-diabetes-dikesan/