Dari masa ke semasa, badan melalui proses pertumbuhan seperti panjangnya kuku dan pertumbuhan rambut yang melibatkan aktiviti pengoksidaan. Proses pengoksidaan ini melibatkan pemberian dan pengambilan elektron, di mana akan menghasilkan elektron bebas yang tidak bergabung dengan mana – mana elektron yang lain. Elektron bebas ini juga dirujuk sebagai radikal bebas. Radikal bebas atau elektron bebas ini adalah elektron yang tidak stabil dan dapat memberikan pelbagai risiko penyakit termasuklah kanser. Fungsi antioksida adalah untuk bergabung dengan elektron bebas atau radikal bebas ini dan meneutralkan atau menstabilkan badan dari risiko pelbagai jenis penyakit.
Kebiasaannya badan dapat menghasilkan antioksida dengan sendiri, akan tetapi setelah lanjut usia, kebolehan badan untuk menghasilkan antioksida semakin berkurangan, ketidakseimbangan antioksida dan radikal bebas boleh meningkatkan risiko penyakit. Justeru, para profesional perubatan sering menasihatkan kita untuk makan makanan dari sumber semulajadi seperti sayur – sayuran, dan buah – buahan dengan banyak. Ini kerana, sayur – sayuran dan buah – buahan mempunyai tinggi sumber antioksida seperti beta karotena, lutein, likopena (lycopene), vitamin c, vitamin E dan pelbagai lagi.
Ikutlah saranan pengambilan makanan sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Makan 3 sajian sayur dan dua sajian buah setiap hari untuk mendapatkan jumlah antioksida yang diperlukan badan. 1 sajian sayur adalah bersamaan dengan saiz satu saiz tapak tangan manakala, saiz sajian buah adalah mengikut kepada jenis buah tersebut seperti di bawah. Jika anda merasakan pengambilan sayur – sayuran dan buah – buahan anda tidak mencukupi di mana ia dapat memberi kesan kepada jumlah antioksida dalam badan, anda juga boleh menggunakan alternatif suplemen untuk mendapatkan jumlah antioksida yang cukup.
Rujukan
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Portal MyHealth. Antioksida. http://www.myhealth.gov.my/en/antioksida/
- Hello Doktor. Manfaat antioksida. https://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi/manfaat-antioksidan/
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bahagian Pemakanan. https://nutrition.moh.gov.my/