Terdapat 5 mesej utama dalam amalan diet suku – suku separuh.
Mesej Utama 1: Makan 3 Hidangan Utama yang sihat dalam sehari.
Ambil sarapan, makan tengah hari, dan makan malam secara sihat dengan mengikuti konsep suku – suku separuh.
Makan pada waktu yang tetap juga membantu pengawalan porsi/ saiz hidangan makanan. Berikut adalah contoh waktu makan harian.
Mesej Utama 2: Makan 1-2 Snek yang Sihat di antara Waktu Makan Jika Perlu
Bagi menggalakan amalan pemakanan secara sihat secara holistik atau sebagai gaya hidup, anda juga digalakkan untuk mengambil snek sihat 1-2 kali/ hari dari sumber buah – buahan, kekacang, dan sayur – sayuran.
Contoh snek sihat yang boleh di ambil 1-2 sajian ialah:
Mesej Utama 3: Makan Sekurang-kurangnya Separuh Daripada Bijirin Anda Sebagai Bijirin Penuh
Malaysia adalah negara di mana, makanan rujinya adalah nasi, oleh itu tidak hairanlah jika kebanyakkan rakyat Malaysia masih berasa tidak kenyang selagi tidak makan nasi. Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggariskan pengambilan karbohidrat hendaklah diambil kebanyakkannya dari sumber bijirin penuh, seperti dari sumber nasi beras perang, roti bijirin mil penuh, jagung, barli dll.
Contoh makanan berkarbohidrat yang tinggi serat:

Mesej Utama 4: Makan Hidangan Tidak Bergoreng dan Tanpa Santan Setiap Hari
Seterusnya, lauk -pauk di Malaysia begitu sinonim sekali dengan jenis lauk -pauk yang digoreng menggunakan minyak yang sangat banyak iaitu menggunakan kaedah ‘deep -frying’. Makanan bergoreng dengan minyak banyak yang digunakan secara berulang – ulang dan makanan yang mengandungi jumlah santan yang tinggi boleh meningkatkan masalah kesihatan seperti masalah jantung, darah tinggi, kolesterol dan kanser.
Justeru, pengambilan makanan dengan cara masakan dengan kandungan santan yang tinggi seperti masak lemak, kari, gulai, dan masakkan bergoreng hendaklah dihadkan.
Cara mengantikan pengambilan minyak dan santan dalam masakan dan makanan:
Rujukan:
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bahagian Pemakanan. Panduan Pinggan Sihat Malaysia. https://bit.ly/3HHHdU6