Show Your HEART Some LoveThe Healthy You, The Better You

Makan Secara Sihat di Hari Raya!

Makan Secara Sihat di Hari Raya!

Setiap tahun Hari Raya Aidilfitri ialah pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa atau Hari Raya Fitrah atau Hari lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan yang diraikan oleh umat Islam di seluruh dunia setelah berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan.

Antara amalam – amalan tradisi yang dilakukan semasa Hari Raya ialah amalan ziarah – menziarahi sanak – saudara dan jiran tetangga. Amalan mengeratkan silaturahim ini sangat digalakkan dalam Islam bagi memohon kemaafan di antara satu sama lain. Akan tetapi oleh kerana Hari Raya Aidilfitri tahun ini ialah pada musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat maka, ikutlah saranan di shorturl.at/iyJSZ untuk beraya dengan selamat dalam kita menjauhi coronavirus.

 

Selain daripada itu, ramai di antara kita mengambil kesempatan menurunkan berat badan sepanjang bulan Ramadhan dan makan secara sihat semasa bulan Ramadhan. Walau bagaimanapun, apabila tiba musim perayaan, kebanyakan kita mengalami penambahan berat badan. Berat badan yang berjaya diturunkan sepanjang 30 hari menjalani ibadah puasa mungkin meningkat semula hanya selepas 15 hari menyambut Hari Raya. Hal ini adalah kerana, hari raya adalah masa untuk menikmati juadah hari raya yang hanya setahun sekali dimasak dan dimakan bersama – sama oleh kerana itu ramai yang mengambil kesempatan ini untuk makan juadah raya tanpa mengira jumlah kalori dan faktor pemakanan sihat (1).

 

 

 

Sebenarnya pemakanan sihat sangat mudah diikut walaupun ketika hari raya. Makan dengan sihat bukan bermaksud kita tidak dapat menikmati juadah hari raya akan tetapi makan dengan kadar yang betul dan penyediaan makanan yang lebih sihat. Kita dapat bahagikan amalam pemakanan sihat ketika hari raya kepada dua kategori iaitu semasa penyediaan makanan dan semasa menikmati hidangan hari raya.

 

7 Panduan Penyediaan Hidangan Sihat di Hari Raya (1,2,3)

 

1. Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut dan kek. Gunakan ½ atau ¾ daripada kuantiti gula yang biasa digunakan semasa menyediakan biskut dan kek. Jika perlu, gunakan gula gantian bagi mendapatkan biskut atau kek yang sempurna tekstur dan rasanya.

 

 

 

2. Gunakan daging yang telah dibuang lemak atau ayam yang telah dibuang kulit.

 

 

 

3. Kurangkan menyedia makanan yang bersantan, bergoreng dan berminyak.

 

4. Gantikan penggunaan santan dengan susu rendah lemak dalam penyediaan rendang dan kuah lontong.

 

 

 

5. Potong ayam atau daging dalam size yang kecil.

 

6. Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat  biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan buah prun.

7. Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam penyediaan kuih-muih, kek dan puding. Sebaliknya gunakan pewarna semulajadi seperti dari sumber daun pandan dan sebagainya.

 

7 Panduan Makan Secara Sihat Di Hari Raya (1,2,3)

 

1. Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil.

2. Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.

 

 

3. Pilih makanan tinggi serat untuk mengelakkan sembelit.

 

4. Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti biskut raya dan dodol.

 

 

 

5. Pilih buah- buahan segar sebagai pencuci mulut.

 

6. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek

 

 

7. Minum air kosong berbanding minuman berperisa, minuman berkarbonat dan minumam yang manis.

 

 

Senang bukan? Ikutilah panduan pemakanan sihat semasa hari raya ini, agar usaha anda untuk menurunkan berat badan sepanjang bulan Ramadhan tidak sia – sia. Bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan, hari raya bukanlah tiket untuk anda menikmati juadah tanpa mengambil kira faktor kesihatan ya!

Akhir sekali, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, semoga hari raya ini memberi keceriaan kepada kita semua!

 

 

 

Rujukan

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bahagian Pemakanan. Perancangan dan Pemilihan Menu Sihat Rumah Terbuka Aidilfitri. http://nutrition.moh.gov.my/wpcontent/uploads/penerbitan/buku/Menu%20Rumah%20Terbuka%20Hari%2 0Raya%202013.pdf

 

2. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bahagian Pemakanan. Makan Secara Sihat di Hari Raya. https://www.infosihat.gov.my/index.php/multimedia/bukukecil/item/makan-secara-sihat-di-hari-raya

 

3. Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bahagian Pemakanan. Makan secara sihat di hari raya. http://jknperak.moh.gov.my/v4/index.php/my/arkib-berita/69-informasikesihatan/509-makan-secara-sihat-di-hari-raya.html